MyKerjaya PKNNS
MyKerjaya PKNNS merupakan platform permohonan jawatan atas talian rasmi yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS). Sistem ini direka untuk memudahkan urusan permohonan jawatan dengan lebih pantas, teratur dan selamat.
Kelebihan MyKerjaya
- Permohonan jawatan boleh dibuat sepenuhnya secara atas talian.
- Mudah untuk calon mengisi, mengemaskini dan menghantar maklumat.
- Maklumat calon tersimpan dengan selamat dan lebih teratur.
- Semakan status permohonan lebih pantas dan telus.
- Mengurangkan penggunaan borang bercetak sekaligus menjimatkan masa.
Cara Akses
Semua calon yang berminat boleh membuat permohonan jawatan melalui pautan rasmi Portal MyKerjaya PKNNS seperti di bawah.