Bahasa Malaysia | English

Tanah Eco-Tourism Untuk Dibangunkan

Maklumat cadangan Pembangunan Lot PT 1445 Untuk Tujuan Taman Flora & Fauna dan plan tapak Mukim Sri Menanti boleh dilayari secara online di sini...

Tanah seluas 49.98 ekar ini adalah milik Majlis Daerah Kuala Pilah.

Pihak Majlis berhasrat untuk membangunkan sebagai kawasan rekreasi eco-tourism yang menawarkan flora dan fauna semulajadi di kawasan tersebut.

Pembangunan yang ingin dibuat hendaklah bersifat minimal dengan tidak merosakkan ekosistem semulajadi kawasan tapak, namun begitu untuk penyediaan akses, chalet dan apa-apa pembangunan yang berkaitan boleh dipertimbangkan.

Mana-mana pengusaha yang berminat hendaklah berurusan terus dengan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan selaku pelaksana projek berkenaan dengan konsep pembangunan yang dicadangkan.

Pengusaha yang berminat juga hendaklah mencadangkan jenis perjanjian yang akan digunapakai, kadar, cara dan tempoh kadar sewaan dan sebagainya di dalam cadangan pembangunan tersebut.

Pengusaha yang terpilih adalah berdasarkan "First come, First serve" serta bergantung kepada cadangan pembangunan dan perjanjian yang ditawarkan.

Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut:

Syahril Bin Mohd Azmi

Pegawai Pengurusan Harta

atau

Shah Johan Bin Md Sallehudin

Pegawai Perancang Bandar

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,

70710 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel : 06-7623251 (4 Lines)             Fax : 06-7637924

Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas