Web Mudah Alih PKNNS

Ahli Lembaga Pengarah

 

 BIL 

 

NAMA

JAWATAN

1

Haji Aminuddin bin Harun

 

 Y.A.B. Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun

 

Menteri Besar Negeri Sembilan – Pengerusi Perbadanan

2

Dato' Dr Razali bin Ab Malik

 

YB. Dato' Dr Razali bin Ab Malik

 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

3

Tuan Mohd Khidir bin Majid

 

YB. Tuan Mohd Khidir bin Majid

 

Pegawai Kewangan Negeri,
Negeri Sembilan

4

Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusoff

 

 YB. Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusoff

 

Penasihat Undang-Undang Negeri,
Negeri Sembilan

5

 hazim

 

 YBhg. Tuan Hazim bin Jamaluddin

 

Wakil Kementerian Kewangan Malaysia

6

Puan Zabidah bte Safar

 

YBhg. Puan Zabidah bte Safar

 

Wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

7

 

 

YBhg. Tuan Abdul Halim b. Abdul Aziz

 

Wakil Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

 

Ahli Pengurusan
 

 

NAMA

JAWATAN

no-image-available

Ketua Eksekutif

rusmimah

 Puan Rusmimah bt. Mat Derus

Timbalan Ketua Eksekutif II

mmuntasir

 Encik Muntasir b. Mohamed Zain

Pengurus Kewangan

syahril

Encik Syahril b. Mohd Azmi

Pengurus Pembangunan Strategik

azry

Encik Azry b. Othman

Pengurus Korporat

mohshafizi

 Encik Mohshafizi b. Mohd

Pengurus Teknologi Maklumat

fadzli

 Encik Mohd Fadzli b. Yahya

Pengurus Pengurusan Harta

johan

 Encik Shah Johan b. Md. Sallehudin

Pengurus Pembangunan Usahawan

zulnizam

 Encik Muhamad Zulnizam b. Che Man 

Pengurus Teknikal

34

 Encik Mohd Noor Fikry b. Che Amad 

Pegawai Tadbir

 


 

 

Pelaburan Dalam Anak Syarikat

Sejak penubuhannya PKNNS telah melabur dalam pelbagai bidang perniagaan seperti industri pembinaan, perusahaan kuari dan perkilangan melalui lebih daripada 65 buah syarikat-syarikat anak dan sekutu.

RINGKASAN PELABURAN PKNNS DALAM SYARIKAT-SYARIKAT ANAK & SEKUTU PADA JUN 2018

Pelaburan

Pencapaian Piagam Pelanggan

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

 

PIAGAM PELANGGAN

PENCAPAIAN

Bahagian Pengurusan Harta & Perindustrian

Tindakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang dibuat dengan adil dan saksama terhadap semua penyewa.

Satu (1) bulan selepas surat amaran dikeluarkan.

Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan

Urusan pengambilan kakitangan baru

Dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Bahagian Kewangan

Pengeluaran resit rasmi kew.38

Serta merta setiap kali transaksi pembayaran tunai.

Bahagian Pembangunan

Proses tender/sebutharga

Diselesaikan dalam masa 90 hari selepas tamat tempoh penawaran.

Bahagian Teknikal

Aduan kerosakan bangunan

Memberi respon terhadap aduan kerosakan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Bahagian Pembangunan Usahawan

Khidmat nasihat dan rundingan asas

Minimum 5 minit setiap sesi.

Bahagian Korporat & Komunikasi

Aktiviti CSR

3 aktiviti CSR dalam setahun dengan jumlah had perbelanjaan tidak melebihi RM150,000.

Unit Teknologi Maklumat

Paparan makluman, pengumuman dan hebahan di laman web rasmi PKNNS

Tidak melebihi sebulan selepas tamat program/aktiviti.

Perutusan Ketua Eksekutif

PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF PKNNS

 

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saya mengucapkan terima kasih dan rasa amat berbesar hati kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

 

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.

 

Program Pembangunan Keusahawanan menjadi keutamaan bagi memastikan matlamat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan serta memperkukuh usahawan  sama ada yang baru mahupun sedia ada.  Seiring dengan itu, PKNNS telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri bagi menerajui program keusahawanan negeri.  Langkah utama yang diambil adalah melalui pewujudan Model Pembangunan Usahawan  Bumiputera Negeri Sembilan (MPUBNS) dan Pusat Runding Cara Usahawan (PRUNS).

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh melayari Laman Web Rasmi PKNNS yang turut menyediakan  maklumat  mengenai organisasi PKNNS, aktiviti, berita terkini, program-program keusahawanan dan pautan-pautan jabatan kerajaan.

 

Laman Web Rasmi ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik untuk memastikan ia berterusan membekalkan informasi dan relevan.  Sebarang pandangan, cadangan dan kritikan yang membina amatlah dialu-alukan.

 

Selamat melayari Laman Web Rasmi PKNNS.

 

 

 

 

 

 

Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

Rasional Logo

Sesuai dengan kewujudannya sebagai sebuah Badan Berkanun Negeri, Perbadanan telah menggunakan lambang bumbung rumah Minangkabau untuk imej korporatnya yang berasaskan identiti budaya dan sistem sosial Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih.

 Warna-warna kuning, merah dan hitam di dalam lambang itu adalah warna-warna rasmi lambang Negeri di bawah naungan DYMM yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

 Sementara bentuk-bentuk daun, bangunan, kilang dan bulatan menggambarkan aktiviti-aktiviti Perbadanan di dalam bidang pertanian, perumahan, perindustrian dan perdagangan

 

Visi dan Misi

Visi

Untuk menjadi sebuah agensi amanah yang progresif, inovatif, kompetitif dan dihormati dalam melaksanakan polisi-polisi pembangunan kerajaan dan sebagai jentera penggerak pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri ke arah mencapai taraf Negeri Sembilan Maju Tahun 2020.

Misi

  • Mengambil peranan strategik sebagai agensi peneraju dalam melaksanakan objektif pembangunan negeri dengan memberi penekanan kepada prestasi yang progresif, inovatif dan kompetitif.
  • Melaksanakan amalan perkhidmatan terbaik melangkaui jangkaan pelanggan di dalam melaksanakan program-program pembangunan ekonomi dan sosial yang memfokus kepada penciptaan iklim mesra pelabur, penggalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana dan pembangunan usahawan bumiputera.
  • Memaksimakan aktiviti-aktiviti perniagaan, mempertahankan pertumbuhan berterusan dan menjana pulangan yang menguntungkan
  • Membangunkan dan memberi motivasi yang berterusan kepada tenaga kerja dengan menyediakan persekitaran kerja dan pembelajaran yang positif.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas