Bahasa Malaysia | English

Perutusan Ketua Eksekutif


PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF PKNNS

 

 

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

 

Saya mengucapkan terima kasih dan rasa amat berbesar hati kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

 

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.

 

Program Pembangunan Keusahawanan menjadi keutamaan bagi memastikan matlamat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan serta memperkukuh usahawan  sama ada yang baru mahupun sedia ada.  Seiring dengan itu, PKNNS telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri bagi menerajui program keusahawanan negeri.  Langkah utama yang diambil adalah melalui pewujudan Model Pembangunan Usahawan  Bumiputera Negeri Sembilan (MPUBNS) dan Pusat Runding Cara Usahawan (PRUNS).

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh melayari Laman Web Rasmi PKNNS yang turut menyediakan  maklumat  mengenai organisasi PKNNS, aktiviti, berita terkini, program-program keusahawanan dan pautan-pautan jabatan kerajaan.

 

Laman Web Rasmi ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik untuk memastikan ia berterusan membekalkan informasi dan relevan.  Sebarang pandangan, cadangan dan kritikan yang membina amatlah dialu-alukan.

 

Selamat melayari Laman Web Rasmi PKNNS.

 

 

 

 

 

 

Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas