Objektif & Fungsi

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri sembilan (PKNNS) telah ditubuhkan pada 22 MAC 1969. Dari segi pertubuhan ia adalah satu badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri dan bertanggungjawab kepada badan perundangan negeri. Dari segi institusi pula, ia adalah merupakan satu perusahaan awam yang di letakkan di bawah pengawasan Kementerian Kewangan (dahulu Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi). Perbadanan ini ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang 2.