Bahasa Malaysia | English

Tanaman Buluh Madu

Tanaman buluh merupakan tanaman baru yang semakin mendapat sambutan daripada pengusaha dan pekebun-pekebun. Tanaman buluh merupakan tanaman yang senang ditanam dan diselenggara selain dapat memberi hasil yang berterusan dan lumayan.

Tanaman buluh merupakan tanaman pelbagai guna yang sangat sesuai ditanam disebarang jenis tanah. Tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mengusahakannya dan hanya memerlukan penyelengaraan yang minimum.

Hasil boleh diperoleh dalam jangkamasa 6-8 bulan selepas ditanam dan hampir tidak mempunyai musuh perosak. Hasil boleh diperoleh sepanjang masa dan sekiranya mempunyai sistem pengairan yang baik hasil rebung boleh dikutip sepanjang musim.

Dalam memajukan bidang perniagaan ini PKNNS juga tidak terkecuali dalam menjalankan projek tanaman rebung madu secara komersial bertempat di:

Mukim Serting Ulu,

Daerah Jempol,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Projek tanaman buluh madu ini dijangka bermula pada bulan September tahun ini. Bagi projek ini, Perbadanan memilih benih atau baka yang berasal dari Negara China.

Baka dari spesis Gigantola Arbuchilata ini berdaun runcing, saiz batang yang kecil dan tiada miang buluh.

Kami mengalu-alukan mana-mana usahawan, pengusaha ataupun pengeksport yang berminat untuk menjalinkan usahasama dalam projek ini.

Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut:

Shah Johan Bin Md Sallehudin

Pengurus Projek Rebung Madu

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,

70710 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel : 06-7623251 (4 Lines)

Fax : 06-7637924

Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas