Perindustrian

PKNNS terlibat dalam memajukan sektor perindustrian melalui penggalakan pelaburan, menyediakan kawasan untuk zon perindustrian, melabur di dalam projek-projek perkilangan dan menerokai bidang-bidang pelaburan yang baru. Ini dilakukan secara sendiri ataupun secara usaha sama dengan sektor swasta.

Sejak ditubuhkan, PKNNS telah membangunkan sejumlah 8 kawasan perindustrian di seluruh Negeri Sembilan dengan keluasan berjumlah 485.39 hektar (1,199.92 ekar).