PROGRAM RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

APA ITU RUMAH HARAPAN RAKYAT?

Rumah Harapan Rakyat adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bermula pada tahun 2021. Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna. Konsep program adalah pembiayaan pembinaan Rumah Harapan Rakyat yang bernilai RM60,000 seunit dan akan dibayar balik oleh pemohon dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun.
2.Pemohon bujang/berkahwin. Jika berkahwin, pasangan hendaklah juga warganegara Malaysia.
3.Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
4.Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
5.Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh sahaja), tanah tersebut bersesuaian
bagi pembinaan RHR dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
6.Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
7.Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar.
8.Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem eKaseh.

 

RISALAH NOTA MAKLUMAT RUMAH HARAPAN RAKYAT   BORANG
RHR           nota         borang2
MUAT TURUN  MUAT TURUN   MUAT TURUN

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas