PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM NEGERI SEMBILAN

264113

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/22923/EDISI/Melaka-NS/Rezeki-rumah-penjawat-awam-NS

Penjawat Awam di negeri ini bakal menikmati kediaman sendiri melalui projek Perumahan Penjawat Awam Negeri Sembilan yang akan dilaksanakan dalam tempoh kurang dua tahun di Labu.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, projek yang dilaksanakan ini akan memberi faedah kepada lebih 2,000 penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang sangat rendah berbanding pasaran.

Katanya, sebanyak 350 unit rumah teres setingkat akan dibangunkan syarikat pemaju dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara usaha sama dengan fungsi pembangunan perumahan yang akan dikembalikan semula kepada PKNNS.


"Sebanyak dua jenis rumah akan didirikan di tanah kerajaan negeri seluas 31 ekar, dengan harga RM95,000 bagi keluasan 22x65 kaki dan RM250,000 (22x 70 kaki), berbanding harga rumah disekitar kawasan itu mengikut pasaran adalah RM600,000 seunit.

"Dua jenis rumah dibina mengikut tahap kemampuan dan mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah akan diberi keutamaan untuk memiliki rumah penjawat awam ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Projek Perumahan Penjawat Awam Negeri Sembilan di Wisma Negeri semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malek.

Tambahnya, melalui projek perumahan ini, mereka yang membuat pinjaman dengan kerajaan hanya perlu membayar ansuran pinjaman sebanyak RM475 sebulan bagi tempoh pinjaman 25 tahun, manakala sebanyak RM429 sebulan bagi tempoh 30 tahun.

Bagi pembelian rumah berharga RM250,000 pula, pembeli hanya perlu membayar sebanyak RM1,319 sebulan untuk tempoh pinjaman 25 tahun dan RM1,200 bagi tempoh 30 tahun.

Kata Aminuddin, projek perumahan ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini. "Ini merupakan projek rintis kerajaan negeri, dan akan berusaha untuk melaksanakan projek seumpama ini di daerah-daerah lain pula," katanya. Majlis pecah tanah akan dimulakan seawal bulan Julai ini.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/22923/EDISI/Melaka-NS/Rezeki-rumah-penjawat-awam-NS
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas