Bahasa Malaysia | English

Articles

Pelancaran 1M4U Outreach Centre

IM4U

Nilai, 12 Mac : Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, hari ini merasmikan pelancaran program 1M4U Outreach Centre and University Community Transformation Center, Universiti Sains Islam Malalaysia (USIM).

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan ia dijadikan pusat kepada universiti untuk menjalankan program – program bersama komuniti.

“Program berkenaan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar, belia dan  kanak – kanak.  Pada masa sama, program ini mendekatkan masyarakat dengan golongan belia.

“Pelajar universiti merupakan golongan belia, kadang – kadang kita terlupa apabila bercakap mengenai golongan belia kita menumpukan kepada belia yang berpesatuan seperti belia MAYC, gerakan bersatu dan 4B,’ ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kerajaan Negeri Sembilan serta pelancaran 1M4U outreach dan universitycommunity transformation centre di Galeri Hal Ehwal Pelajar, USIM.

Turut hadir, Naib Censelor USIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Asma Ismail.

Pada majlis itu, menteri besar turut meluangkan masa melawat sekitar aktiviti  1M4U outreach dan universitycommunity transformation centre.

Katanya, golongan belia terdiri daripada golongan yang berusia daripada 15 hingga 40 tahun, maka pelajar universiti, pekerja swasta dan kaki tangan kerajaan yang berada dalam lingkungan usia tersebut adalah golongan belia.

Justeru, langkah USIM mengadakan program seumpama ini adalah satu tindakan yang tepat dalam usaha menyahut seruan Perdana Menteri untuk melahirkan belia yang dinamik dan berwawasan.

Tambah menteri besar, golongan belia juga semakinh meningkat, di Negeri Sembilan hampir 40 peratus terdiri daripada jumlah penduduk merupakan golongan belia.

“Golongan belia merupakan golongan yang mempunyai masa depan yang cerah dan perlu diurus supaya tenaga mereka di usia muda tidak sia – sia dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara,” katanya.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas