Bahasa Malaysia | English

Articles

Kesihatan, tempat tinggal dan pelajaran – pemangkin pembangunan NS

Kesihatan

 

Rasah, 10 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan memperakui bahawa beliau akan senang hati jika melihat rakyat di negeri ini sentiasa bersatu padu, hidup gembira dan mempunyai pelajaran.

Beliau memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 2004 sehingga kini sentiasa berusaha kuat dan gigih serta mengajak rakyat negeri ini turut serta berperanan memajukan negeri.

Pelbagai dasar diperkenalkan untuk mensejahterakan rakyat yang merangkumi sosio-budaya, sosio-ekonomi juga pengukuhan politik.

Menurut beliau ketika berucap menyempurnakan Pusat Komuniti TBC2 Taman Bukit Chedang, Rasah, petang tadi, “sebagai Menteri Besar, saya mahu melihat rakyat negeri ini bila tidur dalam keadaan perut kenyang, tinggal di kediaman yang selesa dan membekalkan pelajaran kepada anak-anak untuk dimanfaatkan di dalam kehidupan di masa akan datang.

“Apabila ketiga-tiga ini dibekalkan, maka semua rakyat perlu lebih berdikari kerana hamparan tersebut demi kehidupan kita dan generasi di masa akan datang.” ujar beliau.

Beliau turut mengesa agar masyarakat terus menolak pembangkang di negara ini kerana pihak tersebut merupakan pihak yang suka menyalahkan segala tindakan dan usaha kerajaan membangunkan negara ini.

Beliau turut menyelar tindakan pembangkang yang mudah mengeluarkan satu pandangan yang mengelirukan.

Contohnya PTPTN yang banyak membantu anak-anak melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan awam terutamanya yang melibatkan pendidikan teknikal seperti Kolej Komuniti, Kolej Tafe dan sebagainya.

Menurut beliau, “jika PTPTN dihapuskan, tidak ramai anak-anak berpeluang menimba ilmu dan jika mereka berazam untuk melanjutkan pelajaran, maka perlu bersaing dengan yang mempunyai keputusan yang cemerlang. Maka, adakah dengan keputusan yang tidak seberapa perlu kita biarkan?”

Penghapusan PTPTN hanya bersifat berkepentingan dan terdapat juga mahasiswa tidak bersetuju bahawa PTPTN dihapuskan.

Malah, apabila pembangkang memperlekehkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamakan penerima seperti haiwan (ayam dan itik), itu merupakan satu penghinaan.

Sebelum ini bantuan atau subsidi yang disampaikan oleh kerajaan tidak sampai ke peringkat akar umbi dan yang menerima manfaatnya ialah golongan berkemampuan. Dengan adanya BR1M, bantuan ini dirasai sehingga akar umbi.

Beliau turut mengajak agar rakyat terus bersyukur dengan corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mendamparkan keamanan dan keharmonian. Dengan keamanan dan keharmonian, maka dunia luar yakin dengan negara ini.

Antara faktor pelabur berminat melabur di negara dan Negeri Sembilan, pertama, tanahair kita aman, kedua, pengukuhan dan kestabilan politik, ketiga, kemudahan insfrastruktur  serta bekalan tenaga kerja, disamping kos pelaburannya murah.

Turut hadir, Senator Dato’ Mohamed Najeeb Abdullah, Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Rasah, Dato’ T. Rajagopalu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Senator Dato’ Yeow Chai Thiam, Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Puan Julia Wong, Ahli Majlis MPS.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas