Bahasa Malaysia | English

Articles

Jangan ambil mudah keselamatan negara

KESELAMATAN

 

Gemencheh, 4 Mac : Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan mengingatkan supaya rakyat tidak mengambil mudah aspek kesalamatan negara.

Tegas beliau, tanggungjawab mempertahankan keamanan negera bukannya terletak diatas bahu anggota keselamatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semata – mata.

“Jangan kita ambil mudah mengenai keamanan negara. Jangan kita terleka dengan keamanan dinikmati selama ini. Mari kita sama – sama menjaga keaman negara yang diasaskan oleh pejuang bangsa, pejuang yang telah berjuang dan terkorban untuk memerdekakan negara.

“Pasukan keselamatan telah banyak berkorban dan kita jangan dengan mudah menjual harga diri kita dan menjual erti kemerdekaan negara kita,” katanya pada majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Rumah Rakyat Gemencheh 2 Dan Felcra Ulu Rokan di Padang Awam Kemas Kampung Jelawai Gemencheh.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan penerima suratan hakmilik berkenaan tidak boleh menjual, memindah hak milik dan  menggadaikan geran tersebut melainkan atas persetujuan pihak berkuasa.

“Walaupun penduduk telah memiliki geran, mereka masih tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pihak bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan semua pihak.

Tambah beliau, kemerdekaan yang menjadi asas pembangunan yang dinikmati hari ini perlu diperkukuh dan dipertahankan dan tidak sesekali membiarkan ada pihak merobek atau memusnahkan perpaduan yang menjadi benteng terakhir jaminan masa depan negara yang kita citai ini.

“Jika perpaduan kita musnah, negara akan kacau – bilau dan pasti kita juga yang akan kecewa. Jika satu bangsa boleh bergaduh sesama sendiri seperti di Iran ini kan pula rakyat di negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, bahasa, budaya, agama dan latar belakang,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang sanggup menjual kedaulatan negara semata – mata mahu berkuasa.

“Mari kita berdoa supaya perkara ini tidak berlaku dan memastikan generasi muda akan menikmati keamanan yang lebih baik berbanding yang kita nikmati selama ini.

“Kita bertuah dan perlu bersyukur, kita perlu memandang pada 40 tahun lalu. Apakah yang kita miliki? Kita perlu pastikan kemanan ini diwariskan kepada anak – anak dan pewaris negara ini,” katanya.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas