Bahasa Malaysia | English

SEREMBAN, 09 MAC – Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) adalah sebuah pusat perkongsian maklumat (hotspot) yang diwujudkan atas cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Menteri Besar berharap agar Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan (DPMNS) yang menjadi jambatan kerajaan menghubungkan peniaga dan pengusaha industri menggunakan khidmat PRUNS semaksima mungkin agar maklumat sampai ke pihak mereka terutamanya di luar bandar.

Katanya, idea menubuhkan PRUNS tercetus ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan Malaysia, Negeri Sembilan (DPMNS) kali ke-40, tahun lalu.

Photo 09-03-2016, 9 33 35 AM

PRUNS kemudiannya telah direalisasikan oleh Kerajaan Negeri dan kini beroperasi lima hari seminggu pada waktu pejabat di Tingkat 1 S2 Mall, Bangunan PKNNS, Seremban, di sini.

Agensi sokongan ini turut menyediakan perkhidmatan guaman, setiausaha syarikat, editor bertauliah di samping agensi perbankan kewangan bagi usahawan dan peniaga Bumiputera yang baharu untuk mendapatkan khidmat nasihat yang bermanfaat.

PRUNS mempunyai perunding perniagaan yang menguruskan dokumentasi syarikat seperti dokumen serta pengurusan kewangan yang baik dan ia akan dapat menyakinkan syarikat kewangan untuk memberi pinjaman sekiranya mereka memerlukan modal tambahan.

Beliau menjelaskan demikian di sidang media selepas merasmikan operasi pembukaan PRUNS, bahawa terdapat banyak agensi-agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat, tetapi maklumat dan saluran tersebut tidak sampai ke pelosok kampung dan desa.

Photo 10-03-2016, 8 19 10 AM

“Pelbagai geran telah dikeluarkan tetapi tidak sampai ke kawasan-kawasan luar bandar dan ini mengehadkan aktiviti, produktiviti peniaga dan usahawan dari luar bandar sedangkan produk mereka juga mampu bersaing dengan pasaran semasa,” jelas Menteri Besar.

Perkhidmatan dan rundingan perniagaan ini terbuka kepada semua peniaga dan pengusaha tidak mengira mereka ahli atau tidak ahli, namun mempunyai perniagaan dan pengusahaan mereka sendiri.

Peranan ini seharusnya dimainkan oleh DPMNS agar semua mengetahui kewujudan agensi yang bersedia menghulurkan bantuan dan dorongan buat mereka.

Kerajaan Negeri tidak mahu peniaga dan usahawan rasa terpinggir terutamanya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

“Malah, peniaga dan usahawan yang telah lama dan berpengalaman berniaga juga perlu bijak membuat keuntungan dan menguruskan perniagaan mereka,” ujar beliau mengakhiri.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas