Pembangunan Usahawan

Selaras dengan dasar Kerajaan untuk membangun dan mengukuhkan Usahawan Bumiputera di arena perniagaan tempatan mahupun global, PKNNS telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras aktiviti berteraskan keusahawanan. Kerjasama erat dan bersepadu dengan agensi lain telah dijalankan dalam usaha untuk menggerakkan penglibatan Bumiputera dalam pelbagai sektor perniagaan seperti industri makanan, tekstil, perdagangan, pembuatan, perkilangan, hartanah dan lain-lain. Justeru itu, Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNNS akan berusaha untuk lebih progresif dan cekap dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan penggerak ekonomi Negara ini.

"MENCIPTA PELUANG, MEMPERKASA IDEA"
'CREATING CHANCES, EMPOWERING IDEAS'