Bahasa Malaysia | English

Soalan Lazim

LATIHAN PERNIAGAAN


1. Apakah latihan-latihan keusahawanan yang ditawarkan oleh perbadanan kemajuan negeri negeri sembilan (PKNNS)

PKNNS menganjurkan tiga jenis latihan iaitu:

  • Latihan Pengenalan Keusahawanan;
  • Latihan Berpakej dan latihan-latihan berjangka pendek;
  • Latihan Peningkatan Keusahawanan.

2. Apakah jenis-jenis Latihan Pengenalan Keusahawanan?

  • Latihan Asas Perniagaan
  • Skim Latihan Galakan Perniagaan Bagi Kakitangan Kerajaan;
  • Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah;
  • Latihan Pewujudan Usahawan.

3. Selepas tamat latihan apakah kemudahan-kemduahan lain yang boleh membantu memulakanperniagaan?

PKNNS akan membuat susulan kepada bekas peserta kursus untuk mendapat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun kemudahan pinjaman tertakluk kepada daya maju sesuatu projek seperti yang digambarkan dalam rancangan perniagaan sesuatu projek itu.

4. Apakah program-program pembudayaan keusahawanan lain yang dijalankan oleh PerbadanankemajuanNegerinegeriSembilan?

Melalui PKNNS program-program pembudayaan keusahawanan bermula dari peringkat sekolah menengah menerusi pendedahan latihan teori dan praktikal kepada pelajar-pelajar dilaksanakan bawah Program Usahawan Muda (PUM). Peserta-peserta PUM terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Peserta-peserta akan dibimbing bagaimana mengenal pasti peluang perniagaan, proses mendaftar dan menubuhkan syarikat, dan mengendalikan perniagaan;

5. Apakah latihan yang sesuai dengan siswazah ?

Bagi golongan siswazah yang berhasrat menjadi usahawan pula boleh mengikuti latihan keusahawanan khusus untuk mereka iaitu Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawanan Siswazah. Latihan diadakan secara sepenuh masa selama enam hari dan lima malam. Modul yang komprehensif diatur di mana peserta-peserta bukan sahaja didedahkan dengan aspek-aspek penting teori asas keusahawanan bahkan memberikan kesempatan kepada peserta untuk mewujudkan rantaian 'networking' antara peserta dengan siswazah yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan dan juga dengan organisasi-organisasi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang dapat membantu dan membimbing usahawan siswazah. Antara kelayakan pemohon ialah berumur kurang daripada 35 tahun dan pemegang diploma atau ijazah daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan yang diperoleh dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun.

6. Apakah program-program yang sesuai bagi ahli yang baru atau yang masih ingin mencari peluang atau pendedahan dalam perniagaan?

Peluang dan ruang perniagaan ada di mana-mana sekiranya kita ada kesempatan serta rajin mencari. Maklumat boleh diperolehi dari pembacaan dalam akhbar, majalah perniagaan, dari laman web dan internet, dan dari pemerhatian serta kajian khusus. Kementerian-Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan juga menyediakan pelbagai bentuk maklumat dan pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan. Untuk itu MECD ada menyediakan pelbagai pilihan dan jenis latihan dan maklumat berkenaan dengannya boleh diperoleh melalui Pusat Bimbingan, laman web atau pejabat-pejabat MARA Negeri dan Daerah.Antara latihan yang ditawarkan oleh MECD ialah Latihan Asas Perniagaan bagi orang awam dan Latihan Skim Usahawan Siswazah bagi siswazah. Melalui penyertaan dalam latihan seumpama ini maklumat tentang peluang perniagaan boleh diperolehi.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI PKNNS YANG BERKENAAN DI TALIAN 06-7623251 ATAU EMAILKAN KEPADA  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment 1 malaysia mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas